Jualan murah biskut baby - BisCute by Mommylin

7:56 PM

Jualan ulang tahun bcbm
Assalamualaikum... hai! Hello mommies daddies...

Alhamdulillah... BisCute by Mommylin dah pun masuk usia setahun. Baru setahun jaguh dalam industri makanan bayi di Malaysia ni. Kecil lagi.


Walaupun kecil.. kami ni ibarat kecil2 cili padi gitu... dalam masa setahun, hampir 30 agent bersama dengan kami. Walaupun tenggelam timbul, kepercayaan agent dan mommy2 semua membuatkan kami diBCbM semangat dalam memperjuangkan makanan homemade untuk si anak.

Dengan segala dorongan dan feedback yang memberangsangkan, kami terus maju dan insyaallah akan kekal dalam memperjuangkan makanan homemade untuk si comel.

Atas tanda terima kasih, kami berbesar hati membuat jualan ulangtahun dengan harga super murah. Runtuh! Khas buat mommy2 yang memberi kepercayaan kepada kami. Jutaan terima kasih...

Set twin
Antara set istimewa yang kami tawarkan adalah...

SET TWIN

Harga set Twin hanya lah RM35. Dengan percuma kos penghantaran dan percuma kos carry on delivery. Harga asal untuk 2 jar adalah RM36 TIDAK termasuk pos dan COD charge. Jika termasuk charge, Rm45.

Jadi, kami memberikan anda RM10 penjimatan. Menarik bukan? Istimewanya set twin ini adalah tanda penghargaan kepada baby dan mommy yang telah ada perasa kegemaran mereka. Dengan itu, bolehlah mereka membeli lebih dengan harga super jimat.

Memudahkan mommy menyimpan stok biscute di rumah dan di taska.

SET TRIO

Set trio adalah set yang tidak asing lagi dengan kami. Harga asal untuk set trio adalah RM64. Tetapi!! Untung sale kali ini, Rm55 sahaja termasuk kos penghataran percuma dan tiada charge COD.

Set yang lengkap dengan 3 perasa istimewa kami. Boleh bertukar2 rasa setiap hari.
Kurma rasa manis asli dari buahnya. Kismis rasa masam2 yang membuatkan anak teruja dan mango rasa lemak manis sesuai pada anak kecil kita yang masih menyusu.

Tak terkecuali. BisCute juga adalah milkboosters pada mommy. Jangan ngap sampai lupa tu biskut anak tau mommy! Hihi...

SET DOUBLE TRIO

Set yang pertama kali diperkenalkan. Asalnya adalah dari jualan murah cny kami sebelum ini. Ramai mommy yang borong set double trio. Dan pada kali ini, kami tawarkan harga istimewa untuk set ini. 6 jar dengan harga RM100 sahaja. Apa???

Tak percaya ke? Ye sayang2 mommy. RM100 termasuk segala kos penghantaran. Murah kan? Runtuh betul harga yang kami beri.

Tunggu apa lagi mommy.. borong lah. Buat stok untuk bulan puasa. Stok untuk breakfast mereka. Dah tentu kita kurang bertenaga nak masak pagi,lunch dan tea time mereka kan? Kan? Haaa.. bagi je biscute. Beli terus set double trio. Confirm tak menyesal. Boleh terus buat stok untuk travel raya gitu. Berbaloi kan??

Jangan risau. Stok kami fresh... super fresh. Kami hanya bake bila agent order. Memang tak akan bake awal. Semuanya untuk si comel anda. Stok biscute pula tahan sehingga 6 bulan. Tak rugi beli banyak. Caya lah cakap mommylin.

Ok mommy.. jangan lupa contact agent kami. Kasi hang hp mereka. Buat order ok. Sale bermula 25/4 - 15/5 tak banyak masa lagi ni. Pergi pre order sekarang...

Homemade baby cookies
Kudapan sihat,lazat dan sedap untuk si comel. ☺

Love,
Mommylin...

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook